Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mangsa banjir dilaporkan terus meningkat dengan merekodkan negeri Kelantan antara negeri yang tertinggi dicatatkan.
Memetik laporan Sinar Harian, seramai 81,036 mangsa banjir dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi di beberapa buah negeri.
Negeri lain yang terlibat adalah Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak dan tiga negeri yang baru sahaja dilaporkan terkesan dengan banjir iaitu Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Susulan itu juga, laporan dari Buletin TV3 menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cuti bagi angota Jemaah Kabinet Perpaduan dibekukan.
Semua anggota kabinet juga diarahkan untuk turun padang dengan segera meninjau keadaan banjir.
“Semua menteri kabinet minta teruskan tugas sekarang. Turun.
“Ya (cuti dibekukan). Terus, terus (turun padang),” katanya.