Suspek disyaki guna laluan tikus untuk buang mayat Zayn Rayyan di lokasi, air saliran sedang disedut untuk cari petunjuk baharu - The Reporter

Suspek disyaki guna laluan tikus untuk buang mayat Zayn Rayyan di lokasi, air saliran sedang disedut untuk cari petunjuk baharu

Sumber gambar: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Polis tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa dijerut sehingga mati dan kemudian dibuang ke lokasi mayatnya ditemui pada malam 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya percaya suspek telah menggunakan laluan tikus untuk sampai di lokasi dan kemudian membuang mayat mangsa kawasan saliran air itu ketika hujan lebat.

“Kita tak jumpa barang (termasuk guni untuk membawa mayat) yang boleh menjurus kepada penjenayah. Kita masih berusaha mencari.

“Di situ pun banyak laluan tikus dan boleh parkir (di sekitar atau luar apartmen),” katanya memetik laporan Kosmo! Online, Selasa, 12 Disember 2023.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Unit Forensik Bukit Aman datang ke lokasi kejadian pada jam 11.40 pagi.

Kehadiran JPS dikatakan untuk menyedut keluar air di aliran anak sungai tersebut, yang bermula pada jam 12 tengah hari. Operasi itu dijangka akan turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menuru laporan itu, operasi tersebut dilakukan bagi mencari petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Sumber: Kosmo! Online, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!