'Suruh buat report macam orang bodoh! Kami bukan robot!' - Pelajar universiti luah rasa tertekan - The Reporter

‘Suruh buat report macam orang bodoh! Kami bukan robot!’ – Pelajar universiti luah rasa tertekan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu mesej tular mengenai luahan pelajar di sebuah universiti yang mendakwa pensyarah tidak memahami tekanan yang dilalui oleh mereka.

Dalam mesej berkenaan mereka menyatakan pensyarah memberikan mereka bebanan tugasan yang menyebabkan mereka tertekan.

“Mesej kepada pensyarah, anda tak faham ke kami tertekan, tapi bila di depan anda, kami buat slumber (bersahaja). Silap haribulan ada yang mati b**h d**i.

https://twitter.com/Rusydi_RL/status/1811007384732717447

“Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup kalau ada yang buat macam tu? Kami cakap kerana kami dengar luahan pelajar,” tulisnya.

Katanya lagi, bebanan tugasan yang diberikan membuatkan mereka tiada masa untuk Bersama dengan keluarga.

“Anda fikir anda sahaja yang perlukan masa dengan keluarga? Tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada study week.

“Jangan mengajar kami macam anda mengajar budak sekolah. Kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan bukan menjawab peperiksaan dan banyak lagi,” katanya.

Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi sebaliknya dan tidak bersetuju dengan mentaliti pelajar berkenaan. Kata mereka, ilmu itulah yang membawa mereka menentukan hala tuju mereka semasa bekerja nanti.

Sumber: Jaringan X

Total
0
Shares
Total
0
Share