Sekumpulan saintis NASA bersama penyelidik dari Universiti Toho, Jepun, meramalkan bahawa kehidupan di bumi akan berakhir sepenuhnya dalam tempoh satu bilion tahun akan datang.
Kajian mereka menggunakan model matematik canggih yang dijana oleh superkomputer, menunjukkan bahawa peningkatan tenaga haba daripada matahari akan menyebabkan bumi menjadi terlalu panas dan tidak lagi mampu menyokong kehidupan.
Menurut pengiraan mereka, menjelang tahun 1,000,002,021, bumi tidak lagi akan dihuni sebarang bentuk kehidupan akibat suhu yang terlalu tinggi. Matahari dijangka terus mengembang dan memancarkan haba melampau sehingga menelan semua planet dalam sistem suria bahagian dalam, termasuk bumi.
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
Meskipun tarikh itu kelihatan jauh, saintis memberi amaran bahawa kesannya sudah mula kelihatan hari ini. Letusan tenaga dari matahari seperti ribut suria dan jisim korona telah mula mengganggu atmosfera bumi, menurunkan kadar oksigen dan meningkatkan suhu secara perlahan.
Pakar turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan aktiviti manusia yang mempercepatkan perubahan iklim global. Namun, mereka yakin teknologi mampu memainkan peranan penting untuk menangguhkan bencana ini, antaranya dengan membina sistem sokongan hayat buatan dan meneroka kehidupan di planet lain seperti Marikh.
Usaha ini turut mendapat perhatian syarikat SpaceX milik Elon Musk yang sedang giat membangunkan misi penerokaan ke planet merah itu.








