Sunhaji menangis, merayu agar Presiden Indonesia tolak peletakan jawatan Gus Miftah - The Reporter

Sunhaji menangis, merayu agar Presiden Indonesia tolak peletakan jawatan Gus Miftah

Peletakan jawatan Gus Miftah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Peniaga air teh, Sunhaji, yang sebelum ini menjadi perhatian ekoran insiden gurauan tidak bertempat oleh Gus Miftah, membuat rayuan menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Sunhaji, sambil menangis, memohon kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, agar tidak menerima keputusan Gus Miftah untuk melepaskan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden.

Rakaman video itu menunjukkan Sunhaji yang memakai jubah putih dan bersongkok hitam, menangis sambil mengelap air matanya. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sudah memaafkan dan sangat kecewa dengan tindakan Gus Miftah yang mahu meletak jawatan.

“Saya Sunhaji, saya kecewa dengan keputusan Gus Miftah yang mahu melepaskan jawatan. Saya sudah memaafkan beliau, dan kami telah saling bermaafan,” katanya dengan penuh emosi.

Sunhaji kemudiannya merayu kepada Presiden Prabowo agar tidak menerima peletakan jawatan itu.

“Saya mohon kepada Tuan Prabowo agar tidak menerima peletakan jawatan Gus Miftah,” katanya sambil menangis.

@detikcom

Penjual es teh, Sunhaji, meminta Presiden Prabowo Subianto menolak pengunduran diri Gus Miftah dari Utusan Khusus Presiden. Meski diolok-olok, Sunhaji mengaku sudah memaafkan Gus Miftah. Baca berita menarik lainnya hanya di detik.com! Creator: Tyana detikcom Gusmiftah viral videoviral sunhaji Prabowo Presidenprabowo penjualesteh

♬ original sound – detik.com – detik.com

Sebelum ini, Gus Miftah atau nama sebenarnya Miftah Maulana Habiburahman, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

Keputusan itu dibuat selepas tularnya rakaman video yang menunjukkan Gus Miftah menghina Sunhaji yang menjual air teh. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

“Saya telah berfikir secara mendalam, berdoa dan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk melepaskan amanah ini,” ujar Gus Miftah dalam satu siaran langsung pada Jumaat lalu. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!