'Sumpah aku takut kalau adik tahu aku yang hantar' - Angkara cemburu, wanita dedah santau adik ipar hingga busung - The Reporter

‘Sumpah aku takut kalau adik tahu aku yang hantar’ – Angkara cemburu, wanita dedah santau adik ipar hingga busung

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan menanggung dosa. Seorang wanita menerusi satu hantaran mengakui telah menghantar santau kepada adik iparnya.

Angkara cemburu, tindakan wanita itu pada mulanya hanya sekadar untuk mangsa berasa sakit dan bergaduh dengan adiknya (suami mangsa).

“Asyik pergi travel sana sini, habiskan duit, beli emas tapi anak tak reti ikhtiar pun,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula berasa tidak senang duduk apabila mendapati perut adik iparnya sudah membusung sehingga terpaksa berhenti kerja.

Bukan itu sahaja, badan adik iparnya juga dikatakan berbau busuk. Keadaan itu menyebabkan adiknya mula meminta pendapat ibunya sama ada perlu atau tidak menceraikan isterinya.

Namun begitu, wanita ini mula berasa takut apabila ibunya meminta supaya membawa adik iparnya berubat. Secara tidak langsung dia juga berasa risau jika adiknya tahu segala apa yang terjadi pada isteri adiknya berpunca dari tindakannya.

Sementara itu di ruangan komen netizen mengkritik perbuatan wanita tersebut dan berharap dia akan mendapat pembalasan di atas perbuatannya.

Sumber: meingl

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!