'Rakyat Malaysia prihatin', sumbangan Masjid Jamek Ar-Ridzuan cecah hampir RM2 juta | The Reporter

‘Rakyat Malaysia prihatin’, sumbangan Masjid Jamek Ar-Ridzuan cecah hampir RM2 juta

Pandangan hadapan Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Perak, masjid yang menjadi tumpuan kempen kutipan dana RM2 juta
Sumbangan dana untuk membeli tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan sudah ditutup secara rasmi. Gambar: FB Bagan Serai Kampung HalamanKu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sumbangan dana untuk pembelian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan secara rasmi ditutup selepas berjaya mencapai sasaran sebanyak RM1.97 juta dalam tempoh kurang daripada 36 jam.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu yang menimpa masjid berkenaan disifatkan sebagai luar biasa dan sangat mengharukan.

Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

“Alhamdulilah. Allahuakbar. Sumbangan untuk pembelian tanah Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu Perak ditutup secara rasmi selepas berjaya mengumpul sebanyak RM1,977,482.20 (setakat 8.30malam 7/5/2025) dalam masa kurang dari 36 jam selepas dilancarkan.

“Kami juga telah mendapatkan peguam-peguam kami untuk membantu pihak masjid dalam rundingan dan isu-isu yang mungkin berbangkit nanti,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa laporan yang mengatakan tanah wakaf masjid telah berpindah milik tanpa pengetahuan pihak masjid. Tanah berkenaan didakwa dimiliki oleh seorang individu bukan Islam.

Susulan itu juga hebahan dibuat untuk menebus kembali tanah seluas 3.5 ekar dengan harga RM1.8 juta.

Related Posts