Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sulur Bidar adalah makhluk misteri yang sering dikaitkan dengan mitos di Malaysia. Ia digambarkan sebagai makhluk yang berbentuk seperti permaidani atau tikar putih dengan empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan mampu menggulung mangsa dan menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
Mitos mengenai Sulur Bidar sering kali dikaitkan dengan Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang.
Menurut cerita orang tua-tua, kedatangan Sulur Bidar dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang tiba-tiba muncul bersama dengan daun-daun yang berada di sekitar tasik dan timbul di permukaan air serta mula keluar bau hanyir.
Namun, setakat ini tidak ada bukti atau berita secara rasmi mengenai sulur bidar yang pernah menyerang manusia atau yang pernah menjumpai bentuk sebenar makhluk ini.
Sulur Bidar atau Manatee?
Ada yang berpendapat bahawa makhluk yang sering disalahertikan sebagai Sulur Bidar sebenarnya adalah sebenarnya mamalia air bernama Manatee.
Sebagai tambahan, ada juga yang percaya bahwa Sulur Bidar adalah tikar pembungkus mayat yang dibuang ke sungai dan dijadikan jin jahat sebagai pemangsa manusia. Namun, ini hanyalah mitos dan kepercayaan yang berkembang dalam masyarakat dan belum ada bukti ilmiah yang menyokong dakwaan tersebut.
Video viral bukti kewujudannya?
Dalam satu kes, semasa projek dasar air sedang dijalankan, sekumpulan pekerja telah meletakkan kamera untuk merakam video projek mereka.
Apabila dimainkan semula, dikatakan kamera itu berjaya merakam satu makhluk seperti kain, seakan-akan Sulur Bidar sedang melintas di depan kamera itu. Namun, ini bukanlah bukti yang cukup untuk mengesahkan kewujudan Sulur Bidar.
Secara keseluruhan, Sulur Bidar masih merupakan misteri dan banyak yang belum diketahui tentang makhluk ini. Walaupun ada banyak cerita dan mitos yang tersebar, namun kebenaran tentang Sulur Bidar masih belum dapat dibuktikan secara ilmiah.