Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza.
“Semoga misi kemanusiaan GSF ke Gaza beroleh kejayaan,” titah baginda.
Misi bersejarah itu menyaksikan sebanyak 24 kapal flotila berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol, pada Ahad lalu, membawa mesej kemanusiaan selain bekalan bantuan asas kepada rakyat Gaza. Perjalanan ini disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara, termasuk 15 wakil dari Malaysia.
Baca juga:
- Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah
- Hanya 40 minit ke Indonesia, Melaka rancang bina jambatan 47.7km rentasi laut
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
Menurut kenyataan itu lagi, fasa seterusnya akan menyaksikan 15 delegasi Malaysia kumpulan kedua berangkat dari sebuah pelabuhan di Itali esok, bersama-sama peserta antarabangsa lain. Serentak dengan itu, kumpulan ketiga wakil Malaysia yang kini berada di Tunisia turut akan memulakan pergerakan menuju ke Gaza.
Global Sumud Flotila merupakan gabungan solidariti antarabangsa yang menghimpunkan delegasi dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta menjadikan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis di Gaza.








