Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang sukarelawan polis ditahan kerana memuat naik komen yang mengaibkan ahli politik di media sosial.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, saspek berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 10.58 malam 28 September lalu, selepas menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis.
“Pada 28 September, jam 10.22 malam, IPD Johor Bahru Selatan telah menerima laporan polis berhubung komen di laman Facebook ke atas pemilik akaun bernama Ieyda Ibrahim.
“Suspek merupakan seorang sukarelawan polis yang berkhidmat di Mersing. Semakan melalui SKMM telah dihantar untuk siasatan lanjut ke atas pemilik akaun,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu sebuah page Facebook telah memuat naik hantaran yang meminta netizen berkongsi pandangan mereka berkaitan dengan slogan kerajaan, ‘Madani’.
Hantaran tersebut mengundang perhatian netizen termasuk saspek yang kemudian memuat naik komen ‘kaki liwat’.
Sumber: MalaysiaKini, Twitter