Suami tikam isteri, berang tidak diberi wang untuk berjudi online - The Reporter

Suami tikam isteri, berang tidak diberi wang untuk berjudi online

suami tikam isteri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki, Rangga Saputra, 33, dari Kampung Maur Baru, Mukim Rupit, Daerah Muratara, Sumatera Selatan, bertindak kejam dengan menikam isterinya, Tesi Desmanita, 26, selepas permintaannya untuk meminjam wang bagi tujuan berjudi secara online ditolak. Insiden ini berlaku pada pagi Ahad lalu, 22 Disember 2024.

Isteri mangsa mengalami luka tikaman di bahagian pinggang dan terpaksa dirujuk ke Hospital AR Bunda, Kota Lubuklinggau, untuk mendapatkan rawatan lanjut. Suspek, Rangga, berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Keganasan Rumah Tangga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muratara, pada hari yang sama sekitar jam 12.10 tengah hari di rumah Ketua Kampung Bingin Rupit.

Menurut Ketua Polis Daerah Muratara, Superintendan Koko Arianto Wardani berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ketika mangsa sedang memasak di dapur. Suspek menghampiri mangsa dan meminta wang, tetapi mangsa enggan memberikannya kerana mendakwa suspek sering menghabiskan wang untuk berjudi.

Mangsa yang berang turut berkata, “Aku dah letih, aku tak tahan lagi,”. Kata-katanya itu dipercayai membuatkan suspek berang lalu mengambil pisau dari almari dan menikam mangsa.

Selepas melakukan serangan itu, suspek melarikan diri ke rumah saudaranya di Kampung Bingin Rupit sebelum menyerah diri di rumah Ketua Kampung. Pisau yang digunakan dalam kejadian itu masih berada pada badan mangsa ketika polis tiba di tempat kejadian. Pihak polis turut mengambil pakaian mangsa sebagai bahan bukti.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Sofyan Hadi, berkata suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes rompakan bersenjata dan hasil ujian air kencing dia didapati positif dadah. Suspek kini ditahan dan bakal didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!