Suami ragut nyawa sendiri selepas terbaca mesej isteri jalin hubungan intim dengan doktor pakar bedah | The Reporter

Suami ragut nyawa sendiri selepas terbaca mesej isteri jalin hubungan intim dengan doktor pakar bedah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di China yang nekad meragut nyawanya sendiri setelah mendapati isterinya, seorang jururawat, menjalinkan hubungan sulit dengan seorang doktor.

Menurut laporan South China Morning Post, kejadian ini berlaku di Hospital Litongde di Zhejiang, China.

Lelaki berusia 26 tahun, yang dikenali sebagai Wang, terbaca mesej antara isterinya, Mao, dengan seorang pakar bedah toraks, Liu, ketika memindahkan data dari telefon lama isterinya ke telefon baru. Mesej tersebut mendedahkan. Mao dan Liu menjalinkan hubungan intim.

Difahamkan, Wang dan Mao telah berkahwin pada Januari tahun ini setelah berkenalan sejak tahun 2019.

Wang pada mulanya menganggap hubungan itu (Mao dengan Liu) mungkin tidak benar dan beranggapan isterinya berkemungkinan telah dirogol. Namun, setelah polis mengesahkan bahawa isterinya bukan mangsa, Wang mengalami gangguan mental.

Mao kemudian meminta maaf dan cuba menyelesaikan masalah mereka dengan pergi ke tempat pelancongan yang biasa mereka kunjungi sebelum ini. Namun, Wang masih tidak dapat menerima pengkhianatan tersebut dan meninggalkan nota bunuh diri untuk Mao pada malam 2 Ogos, dan menyatakan bahawa dia akan mencintainya walaupun selepas mati.

Kejadian ini telah mencetuskan gelombang simpati di media sosial China. Ramai yang berpendapat bahawa Wang sepatutnya menghargai nyawanya sendiri dan bukannya menghukum dirinya atas kesalahan orang lain.

Related Posts