Suami pukul isteri & tertendang bayi sendiri selepas kantoi tonton video lucah - The Reporter

Suami pukul isteri & tertendang bayi sendiri selepas kantoi tonton video lucah

Kes keganasan dalam rumah tangga yang melibatkan pempengaruh Indonesia, Cut Intan Nabila, dan suaminya, Armor Toreador, telah menarik perhatian ramai.

Armor yang merupakan seorang pengusaha dan CEO PT Bisnis Cukur Nusantara, telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah hotel di Jakarta Selatan pada 13 Ogos 2024 kerana didakwa memukul isteri dan anaknya.

Sebelum itu, Cut Intan bertindak mendedahkan perbuatan suaminya melalui video rakaman CCTV yang dimuat naik di Instagram.

Video tersebut menunjukkan Armor memukul kepala dan punggungnya, serta secara tidak sengaja menendang bayi mereka yang sedang tidur di atas katil.

Bagaimanapun bayi mereka, Amora Zhea Ishana, yang baru berusia kurang dari satu bulan, dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa disoal siasat, Armor mengaku dia telah memukul isterinya selepas terkantoi menonton video lucah melalui telefon bimbitnya.

Sementara itu, Cut Intan mengaku sudah tidak tahan lagi dengan kelakuan suaminya dan menyatakan ini bukan kali pertama dia diperlakukan seperti itu. Malah dia masih menyimpan puluhan video lain sebagai bukti.

Cut Intan menegaskan, dia mengambil keputusan yang berani untuk mendedahkan perbuatan Armor di media sosial agar lelaki itu segera ditahan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan, pasangan ini telah berkahwin sejak tahun 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan tiga orang anak.

Kes masih dalam perbicaraan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!