Seorang lelaki berusia 36 tahun menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Perak, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, suspek disyaki membunuh isterinya yang berusia 32 tahun kerana tidak berpuas hati dengan tuntutan fasakh yang diteruskan oleh mangsa.
Mayat mangsa ditemui dalam bilik hotel dengan kesan tikaman dan polis juga menemui sebilah pisau di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa dating ke hotel tersebut secara berasingan. Tetapi suspek menginap di bilik yang sama dengan mangsa, semalam.
Suspek telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online