Baru-baru ini stesen radio swasta telah dikritik netizen hanya kerana salah seorang penyampainya bergurau mengenai ungkapan yang pernah disebut oleh pemimpin politik, semasa bersiaran langsung pada pagi semalam.
Ungkapan yang dimaksudkan itu adalah melibatkan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, “Hari ini menang, esok kita umumkan penurunan harga minyak”.
Ketika sesi siaran langsung itu, Khairy Jamaluddin menyebut, “Saudara-saudara, kalau menang hari ni, esok kita makan ramai-ramai”. Khairy berkata demikian ketika berbicara mengenai kemungkinan beliau akan memenangi undian untuk Anugerah Bintang Popular (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Gurauan Khairy itu mengundang gelak ketawa rakan-rakannya, Fara Fauzana dan Johan.
Meskipun gurauan tersebut tidak merujuk kepada Anwar, tetapi nada dan cara sebutannya dikatakan menyerupai Anwar. Hal ini mengundang rasa kurang sesetengah pihak yang kemudian mengkritik penyampai stesen radio tersebut.
Ada yang berpendapat, gurauan sebegini tidak sepatutnya diperdengarkan di radio, terutama apabila ditujukan secara terbuka kepada pemimpin negara.
Beberapa netizen turut mengancam untuk memboikot stesen radio ini sebagai tindakan protes. Namun, ada juga yang mempertahankan stesen radio berkenaan dengan berpendapat orang yang tidak berpuas hati bersikap terlalu sensitif dengan gurauan tersebut.











