SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara live | The Reporter

SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara live

SPRM mencadangkan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung.
Gambar: Berita Harian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata cadangan itu timbul berikutan kebimbangan bahawa media sosial kini mudah memanipulasi fakta mahkamah sehingga menimbulkan tohmahan yang tidak wajar.

“Dengan penstriman langsung, orang ramai dapat mengikuti prosiding secara telus dan menilai sendiri perjalanan kes,” katanya.

Baca juga:

Selain itu, SPRM turut mencadangkan lokap agensi penguat kuasa di seluruh negara dipasang dengan CCTV canggih berteknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani salah laku.

Azam menegaskan banyak lokap masih menggunakan CCTV lama yang tidak bersambung ke pusat kawalan.

“CCTV canggih lengkap dengan AI amat diperlukan untuk memantapkan pemantauan dan akauntabiliti di lokap,” jelas beliau.

Sumber: Harian Metro

Related Posts