Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh dan penggiat kandungan digital terkenal, Sofyank tampil menjelaskan perjalanan penghasilan dua video travel terbarunya yang dirakam di Singapura selepas wujud beberapa persoalan dan perbincangan di media sosial minggu lalu.
Menurutnya, projek berkonsepkan vfx itu adalah antara idea yang sudah lama mahu direalisasikan dan peluang datang apabila beliau menerima jemputan kerjasama daripada pihak Singapura.
“Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen positif dan memberi kata-kata membina. Dah lama saya nak buat video travel berkonsepkan vfx, dan bila dapat peluang daripada Singapura, saya terus ajak kawan saya Mshaffuan dan beberapa rakan lain untuk jayakan video yang menggabungkan cinematic dan vfx,” katanya.
Run & Gun: Cabaran produksi tiga hari
Sofyank turut berkongsi bahawa penggambaran kali ini menggunakan pendekatan run and gun, iaitu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk mendapatkan seberapa banyak sudut menarik dalam masa terhad.
Beliau dan Msfaffuan berkunjung ke Singapura lebih awal bagi melakukan tinjauan lokasi dan mengumpul ‘reference shot’ untuk memudahkan proses penggambaran sebenar.
“Melalui trip itu, kami berkenalan dengan kawan-kawan baru dari Singapura yang tunjukkan lokasi cantik,” jelasnya.
Tambahnya, penggambaran tiga hari berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak.
Baca juga:
- Pempengaruh didenda RM40,000 gara-gara muat naik video gelandangan diberi tulang ayam
- ‘Orang politik pun tak boleh walk-in di Rembayung’ – Khairul Aming
- Lelaki Orang Asli beri teguran beradab kandungan video kunjungan pempengaruh
Hargai sokongan, mahu hasilkan video untuk Malaysia
Sofyank turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan peminat sejak awal pembabitannya dalam industri kandungan digital.
“Saya sangat hargai kerana korang memahami tujuan utama video itu dihasilkan, dan memahami kerja saya sebagai content creator. Terima kasih kerana terus sokong saya dari dulu sampai sekarang,” katanya.
Menjawab pertanyaan peminat yang ingin melihat video mempromosikan Malaysia, Sofyank menegaskan bahawa dia sememangnya berhasrat menghasilkan karya sedemikian.
“Saya bangga menjadi anak Malaysia. Jika diberi peluang dan ruang, saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia, insya-Allah,” katanya.








