Sleepwalking: Lelaki maut terjatuh dari tingkat 5 | The Reporter

Sleepwalking: Lelaki maut terjatuh dari tingkat 5

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki Thailand berusia 25 tahun dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di daerah Phra Nakhon, Bangkok, pada 25 Ogos 2024.

Kejadian ini dipercayai berlaku akibat mangsa sleepwalking atau berjalan dalam tidur.

Difahamkan, mangsa bekerja sebagai tukang besi, tinggal di bangunan tersebut bersama saudara dan rakan sekerjanya. Bilik tidurnya terletak di tingkat lima dan tidak dilengkapi dengan jeriji besi seperti bilik-bilik lain.

Seorang saudara mangsa memberitahu, lelaki tersebut mempunyai sejarah sleepwalking dan percaya menjadi punca dia terjatuh dari tingkap biliknya.

Majikan mangsa juga mengesahkan mangsa sering berjalan dalam tidur dan pernah ditemui tidur di bilik mandi di tingkat satu beberapa kali. Majikannya sebelum ini pernah menasihatkan mangsa untuk berhati-hati dan menjaga diri kerana sleepwalking boleh membahayakan.

Walaupun ramai netizen menganggap kes ini mencurigakan dan mengesyaki adanya unsur jenayah, pakar perubatan mengesahkan sleepwalking boleh menyebabkan kecederaan serius jika seseorang berjalan keluar dari rumah, terjatuh semasa tidur atau memanjat keluar dari tingkap.

Kes masih dalam siasatan dan rakan serta saudara mara mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. – Agensi

Related Posts