SKMM siasat peniaga promosi donat dengan gaya lucah - The Reporter

SKMM siasat peniaga promosi donat dengan gaya lucah

promosi donat lucah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kebelakangan ini, tular di media sosial sebuah video pendek promosi perniagaan yang telah mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Dalam video berdurasi 55 saat tersebut, seorang lelaki dilihat memegang patung beruang dengan gaya yang dianggap tidak sopan, sambil menyebut dialog “berayaq, berayaq, jet lagi,” yang didakwa mengandungi unsur lucah.

https://twitter.com/faizfayeshz/status/1855403055627502000

Seorang pengguna X, Faiz Fayeshz, menyeru agar netizen beramai-ramai melaporkan akaun TikTok peniaga donat di Pulau Pinang yang menggunakan pendekatan promosi menjijikkan itu.

“Tolonglah report beramai-ramai akaun ni. Kita tak boleh nak halang orang main TikTok, tapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah bodoh macam ni,” tulisnya.

https://twitter.com/1305wnabhadi/status/1855121808443552009

Ramai netizen turut menyuarakan kekesalan mereka terhadap kaedah promosi yang dilihat tidak menghormati nilai moral masyarakat. Mereka menganggap kaedah tersebut tidak sesuai dan boleh memberi pengaruh negatif, khususnya kepada golongan muda.

Susulan reaksi negatif dari orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah tampil memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap akaun dan kandungan video berkenaan.

SKMM turut menasihatkan orang ramai yang ingin membuat aduan rasmi untuk melakukannya melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!