Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Wangsa Maju mengalami kebocoran siling yang menyebabkan air bertakung di dalam premis tersebut.
Video yang tular di media sosial menunjukkan siling di atas bahagian kaunter mengalami kebocoran. Beberapa peralatan seperti mesin cetak dan komputer turut basah akibat kebocoran tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli memaklumkan, Bahagian Pelesenan Pemandu di pejabat tersebut akan ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.
Difahamkan, kebocoran yang berlaku adalah disebabkan hujan lebat yang melanda Wangsa Maju pada hari kejadian. Pihaknya masih menunggu laporan berhubung kejadian itu dan berapa jumlah kerugian yang dialami.
“Tindakan pembaikan akan dilakukan segera dan hanya tempat yang terjejas sahaja ditutup sementara. Bahagian lain akan beroperasi seperti biasa,” katanya.
Orang awam yang ingin berurusan di JPJ Wangsa Maju masih boleh hadir dan tidak perlu risau dengan keadaan bangunan di situ.
Sumber: Harian Metro, Kosmo. Online