Sidang Kemuncak ASEAN: Cadangan pelaksanaan kerja dari rumah, PdPR akan dibentang di Kabinet | The Reporter

Sidang Kemuncak ASEAN: Cadangan pelaksanaan kerja dari rumah, PdPR akan dibentang di Kabinet

Sidang kemuncak ASEAN
Cadangan tersebut diharapkan dapat mengurangkan kesulitan pengguna jalan raya. Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa cadangan untuk pelaksanaan kerja dari rumah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri.

Beliau berkata, cadangan ini timbul susulan kesulitan yang dihadapi rakyat, khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya, akibat penutupan jalan semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

“Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet supaya kakitangan jabatan berkaitan boleh bekerja dari rumah, manakala sekolah melaksanakan PdPR bagi mengurangkan kesesakan dan kesulitan, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas akibat penutupan jalan semasa lawatan tersebut.

Terdahulu, beberapa laluan utama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ditutup dan dilencongkan secara berperingkat dari 15 hingga 17 April bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi delegasi China.

Beberapa video tular juga merakamkan rungutan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan teruk.

Sumber: Berita Harian

Related Posts