Siar gambar ahli keluarga suspek di TikTok, Kakak Bella ditahan | The Reporter

Siar gambar ahli keluarga suspek di TikTok, Kakak Bella ditahan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Norhisham, 36, kakak kepada Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, ditahan oleh pihak polis pada jam 2 pagi tadi.

Penahanan itu dibuat susulan tindakan Norhisham membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya, dengan memaparkan gambar ahli keluarga suspek yang didakwa membunuh adiknya, Bella.

Suami kepada Norhisham, iaitu Mohd Fairuzizan Yusak, mengesahkan isterinya ditahan.

Menurut beliau, pihak polis telah membawa Norhisham untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut.

Difahamkan, ahli keluarga suspek membuat laporan polis yang mendakwa Norhisham menyiarkan gambar kanak-kanak yang dipercayai anak angkat tertuduh, semasa live di TikTok.

https://www.tiktok.com/@norazharjamil/video/7345669910023998728

Sementara itu menurut satu sumber, Norhisham akan dibebaskan pada jam 5 petang ini selepas dua peguam yang mewakilinya berjaya membantah penahanan tersebut.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada dua peguam yang hadir bagi pihak kakak arwah Bella yang berjaya dalam bantahan reman. (Norhisham) akan dibebaskan pada jam 5 petang,” katanya.

Sumber: Buletin TV3, TikTok

Related Posts