'Siapa punya idea ni? Siapa suruh pakai glove?' - Inspektor Kesihatan tegur pekerja kedai, jangan pakai sarung tangan - The Reporter

‘Siapa punya idea ni? Siapa suruh pakai glove?’ – Inspektor Kesihatan tegur pekerja kedai, jangan pakai sarung tangan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kebersihan merupakan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan di premis makanan. Ini bagi menjamin kualiti makanan tersebut sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Menerusi satu video tular, Inspektor Kesihatan menegur pekerja di sebuah premis makanan yang memakai sarung tangan.

https://www.tiktok.com/@abgiknaktegur/video/7323256237942983944?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

Katanya, penggunaan sarung tangan tidak digalakkan semasa mengendalikan tugasan di dapur premis.

“Kalau kerja di kedai makan, tangan ni sentiasa kena bersih, kena sentiasa dicuci. Bila pakai glove, kita pegang macam-macam, tangan je yang bersih.

“Tempat yang dipegang tu akan kotor dan merebak merata.

“Kena sentiasa basuh tangan dengan sabun,” tegurnya.

Perkara sedemikian kata netizen bukan hanya dilihat di kedai makan, malahan di gerai-gerai kecil seperti penjual burger turut memakai sarung tangan.

Sumber: Abg IK

Total
0
Shares
Total
0
Share