Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Majlis pertunangannya dengan seorang usahawan menerima reaksi pelbagai pihak. Ada yang gembira dengan berita itu dan tidak kurang juga yang memeprsoalkan tindakan pelawak dan penyampai radio, Shuib.
Kata Shuib, hubungan pertunangan bersama Watie Hanifiah adalah demi kebaikan anak-anak.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata dia lebih memilih untuk terus membujang namun meletekkan anak-anak sebagai keutamaan.
Bukan itu sahaja, pelawak berusia 39 tahun itu memaklumkan perkahwinan terbaharunya itu juga sebagai menunaikan hasrat arwah isterinya, Siti Sarah untuk menjaga anak-anak dengan baik.
“Kalau saya pilih diri sendiri, saya rasa saya akan terus membujang. Kalau saya pilih diri sendirilah,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai seorang bapa dia mengakui bukan mudah untuk membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.
“Kalau ada kawan tanya kenapa kahwin lagi mungkin bujang lagi senang, tapi saya ingat pesan arwah.
“Arwah nak saya besarkan anak-anak dengan cara paling baik, saya perlu ada orang bersama saya. Saya sedar diri kemampuan saya,” katanya.
Dalam pada itu juga, Shuib berkata, sebelum mengambil keputusan besar dalam dirinya, dia duduk berbicang bersama dengan anak-anak.
“Walaupun anak-anak saya kecil, tapi saya rasa mereka cepat sikit dewasa.
“Saya bincang dengan anak-anak. Uwais yang paling tua, jadi dia yang terakhir bagi persetujuan,” katanya.
Sumber: Gempak








