'Setiap kali ditanya status rumah, automatik akan mengalir air mata' - Pembeli kecewa, projek perumahan terbengkalai - The Reporter

‘Setiap kali ditanya status rumah, automatik akan mengalir air mata’ – Pembeli kecewa, projek perumahan terbengkalai

Sumber gambar: FB Wan Nor Nadia

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pembeli rumah meluahkan rasa kecewaannya kerana projek perumahan tersebut terbengkalai sejak setahun lalu. Sedangkan bayaran ansuran telah mula dibuat sejak Disember 2018 dan bayaran penuh pula bermula sejak Disember 2022.

Difahamkan, projek perumahan Residensi Hektar Gombak adalah sebahagian daripada Projek RUMAWIP (Rumah Wilayah Persekutuan). Jumlah keseluruhan unit sebanyak 2,400 dan harga seunit yang ditawarkan (kepada pengadu) RM299,000, dengan keluasan 850 kaki persegi. Terletak di lokasi yang strategik iaitu di Jalan Gombak, kira-kira 8 km dari Menara KLCC.

Hanya tinggal harapan

Menurut Wan Nor Nadia, beliau memilih untuk membeli rumah ini atas beberapa faktor, termasuk kemampuan kewangannya pada ketika itu.

“Harapan tinggal harapan. Setiap kali ditanya tentang status rumah, automatik air mata akan mengalir. Rumah nampak seolah-olah hampir siap, tapi sebenarnya dah terbengkalai hampir setahun lebih.

“Saya ambil keputusan untuk beli rumah ini atas beberapa faktor. Pertama, Projek RUMAWIP. Memandangkan saya memang tinggal di kawasan berdekatan, bila dapat info ade projek RUMAWIP akan dibuka di kawasan Gombak, saya terus apply. Kebetulan pula semua syarat untuk membeli rumah ini cukup.

“Dan pilihan pertama sebenarnya PV19 yang dah siap. Tetapi disebabkan ada beberapa dokumen tidak lengkap semasa permohonan, saya perlu submit semula dokumen. Ketika itu hampir semua unit sudah dijual dan hanya tinggal beberapa unit di tingkat 30 ke atas yang mana saya tak berkenan kerana terlalu tinggi.

Projek kerajaan sepatutnya tak ada masalah

“Kemudian bila saya semak balik di website, projek ini antara yang baru dibuka dan masih ada banyak kekosongan. Pada hemah saya, disebabkan projek ini di bawah projek kerajaan, sepatutnya tiada masalah sebegini (terbengkalai) akan berlaku. Itu adalah salah satu sebab saya tak ambil kisah berkenaan latar belakang pemaju.

“Kedua, sudah tentu lokasi sangat strategik. Hanya 10 km sahaja untuk saya berulang alik ke tempat kerja di Bukit Bintang. Lagipun pada masa itu anak-anak sudah bersekolah. Jadi, adalah sangat dekat dengan sekolah mereka dan saya tidak perlu nak pindahkan anak ke sekolah lain.

“Ketiga, ciri-ciri islamik dan semua pembeli Melayu. Dan keempat, keadaan kewangan pada tahun 2018, saya memang layak untuk membeli rumah ini, memandangkan ada beberapa komitmen lain seperti pinjaman kereta, sewa rumah dan kos sara hidup di Kuala Lumpur yang sememangnya tinggi,” katanya.

Walaupun terpaksa menghadapi kekecewaan ini, beliau tetap yakin bahawa akan ada hikmah di sebalik semua ini.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!