Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isu melibatkan jalur gemilang dilekatkan terbalik pada jersi Lee Zhii Jia menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun pihak penaja sudah mengemukakan permohonan maaf.
Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku.
Beliau juga akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melihat apa yang boleh dilakukan termasuklah dalam menentukan sebarang tindakan untuk kesalahan berkenaan.
“Setakat ini kita tidak ada kod atau tatatertib yang kita boleh pakai berkenaan isu itu.
“Saya akan minta MSN lihat apa yang kita boleh dilakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.
Hannah turut menggesa supaya setiap atlet dan pengurus pasukan untuk sentiasa peka dengan isu yang membabitkan penggunaan Jalur Gemilang. Ujarnya, perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan ia adalah maruah negara.
Terdahulu, semasa perlawanan Lee Zii Jia menentang pemain Taiwan, kelihatan secara jelas Jalur Gemilang ditampal secara terbalik di bahagian kiri baju pemain berkenaan.
Sumber: Berita Harian








