Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kiriman doa ke Tanah Suci, khususnya ketika musim haji dan Ramadan, merupakan amalan yang dilakukan ramai umat Islam dengan harapan doa mereka dimakbulkan di tempat yang mustajab seperti di hadapan Kaabah. Ramai yang sanggup membayar pihak tertentu untuk menyampaikan doa mereka ke sana.
Namun, video tular ini membuktikan wujudnya individu tidak bertanggungjawab yang memalsukan latar belakang hanya untuk mengambil gambar nota di tempat palsu, dan menipu pengirim doa demi wang ringgit.
Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Arab sedang mengambil gambar sekeping nota berlatarbelakangkan gambar Kaabah yang digantung di dinding yang memberikan gambaran seolah-olah sedang berada di Masjidil Haram, Mekah.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memegang kertas kecil, dipercayai mengandungi nama individu atau kiriman doa, lalu merakam gambar nota itu di hadapan gambar besar Kaabah yang jelas tergantung di dinding. Aksinya itu dirakam dari belakang dan turut menunjukkan rakaman skrin telefon bimbit yang sedang digunakan
Bukan hanya satu, malah beberapa keping nota lain yang dipercayai dikirim oleh keluarga-keluarga tertentu turut dikumpulkan di atas meja.
Kiriman doa ni walaupun murni dari segi niat dan tujuan, namun telah dieksploitasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keutungan dengan cara haram dan tidak beretika.








