'Semua perkara berbangkit sudah dijelaskan dalam & luar parlimen' - Adam Adli selar kenyataan Syed Saddiq yang menggelar kerajaan sebagai kerajaan NATO (No Action, Talk Only) - The Reporter

‘Semua perkara berbangkit sudah dijelaskan dalam & luar parlimen’ – Adam Adli selar kenyataan Syed Saddiq yang menggelar kerajaan sebagai kerajaan NATO (No Action, Talk Only)

Syed Saddiq, Adam Adli

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melabelkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai “kerajaan nato” (no action, talk only). Ini kerana menurutnya, kerajaan kini gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikan sebelum ini.

Syed Saddiq mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said behubung pembaharuan yang akan dilakukan kerajaan dalam sistem perundangan, termasuk pemisahan kuasa antara peguam negara dengan pendakwa raya.

Susulan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq itu.

“Buat Saddiq, tiga perkara; soal peruntukan buat pembangkang, pengisytiharan harta anggota kabinet, dan pengguguran kes rasuah. Ini semua perkara yang sudah pun diperjelaskan menerusi banyak situasi yang berbeza. Di luar dan dalam Parlimen.

“Dalam soal pengisytiharan harta; PM sejak Januari telah menyatakan ketegasan beliau dan mengkritik amalan pengisytiharan sedia ada sebagai “sandiwara” atau “gimik”. Dengan seterusnya mengarahkan agar mekanisma yang lebih telus dan menyeluruh disiapkan, bukan sekadar isytihar tanpa format yang khusus.

“Tidak sekadar kenyataan media, ia disepakati menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan sendiri PM Julai lepas,” tulisnya.

Isu pengguguran kes mahkamah

Dalam hantaran itu juga, beliau menyatakan pengguguran kes mahkamah telah dijelaskan dalam parlimen oleh Dato’ Sri Azalina Othman.

“Dua perkara lain pula; pengguguran kes mahkamah yang tentu sekali saya yakin merujuk kepada kes TPM berbanding kes Pagoh; telah dijawab dalam Parlimen hari ini secara terperinci oleh YB Azalina Othman Said atas kapasiti beliau sebagai menteri yang menjaga undang-undang dan reformasi institusi, ditandai dengan komitmen kerajaan hari ini untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

‘Malah isu DNAA TPM juga telah dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, selain bakal dijawab sendiri oleh PM dalam dewan pada 19 September,” katanya.

Peruntukan pembangkang

Selain itu juga, beliau mengulas isu dakwaan Syed Saddiq berhubung dengan peruntukan yang buat pembangkang dan dalam masa yang sama beliau juga mempersoalkan peruntukan yang telah diberikan kepada parlimen Muar.

“Di masa yang sama, dalam soal peruntukan buat pembangkang; sudah berulang kali dalam dewan diingatkan untuk mereka memulakan rundingan bersama Kerajaan dalam soal tersebut; langkah yang sama dibuat oleh PH dalam penggal yang lalu; namun sehingga kini masih belum disambut dan hanya berulang kali digunakan sebagai modal untuk bercakar dalam persidangan Dewan Rakyat dan kemungkinan juga sebagai modal untuk membohongi rakyat di kawasan masing-masing seolah kerajaan ini zalim.

“Tertanya juga; bagaimana dengan peruntukan di Muar yang sempat berada dalam blok kerajaan. Sudah habis dibelanja atau bagaimana,” tulisnya.

Beliau berpandangan lebih baik sekiranya Ahli Parlimen Muar itu memfokuskan isu-isu yang berkaitan dengan dasar-dasar kebajikan rakyat yang dinyatakan dalam Belanjawan 2023.

“Soal NATO – No Action Talk Only ini eloklah Saddiq jangan hanya cerminkan kepada perkara yang ikut selera beliau; cerminkan juga kepada dasar-dasar kebajikan rakyat yang dikemukakan menerusi Belanjawan 2023 yang lepas dan inisiatif yang sedang berjalan dalam menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah dan keperluan asas rakyat termasuk sekolah dan fasiliti kesihatan, bekalan air bersih, pemulihan ekonomi pasca pandemik, dan transisi tenaga yang bakal bermula kelak,” katanya.

‘Tong babi atau Tong Minyak Masak milik anak pemimpin PN?’ – Adam Adli

Dalam pada itu juga, beliau turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal yang disifatkan sebagai jargon politik.

‘Buat Wan Fayhsal; entah dari mana datang idea politik tong babi yang dinyatakan beliau; sedangkan kawasan beliau Machang sendiri adalah salah sebuah kawasan yang turut menerima peruntukan besar mencecah RM1.44 billion dalam bentuk infrastrktur asas termasuk jalan dan jambatan.

Belum lagi dikira sekali dengan komitmen penyelesaian isu bekalan air yang turut mencecah billion ringgit.

“Tertanya juga adakah politik tong babi ini turut mengambil kira berapa banyak tong minyak masak yang dimiliki oleh anak pemimpin Perikatan Nasional? Wallahualam,” tulisnya.

Sumber: Adam Adli

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!