'Semua penyakit dia tapau' - Tular air perigi boleh rawat pelbagai penyakit, ramai gesa KKM siasat | The Reporter

‘Semua penyakit dia tapau’ – Tular air perigi boleh rawat pelbagai penyakit, ramai gesa KKM siasat

Rawatan Alternatif Perigi ION Water

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pesakit mempunyai hak untuk mencuba pelbagai kaedah rawatan alternatif dalam usaha merawat penyakit yang dihidapi. Namun, mereka perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan pihak-pihak yang mendakwa kaedah rawatan mereka mampu menyembuhkan penyakit kritikal tanpa pengesahan klinikal yang sahih atau kelulusan pihak berkuasa kesihatan.

Baru-baru ini, tular dakwaan seorang individu mengenai terapi Perigi ION Water di Dusun Pinang Campsite, Ulu Sepri, Rembau yang didakwa mampu merawat penyakit seperti strok, slip disc, asma, AEFI dan lain-lain, menurut ciapan di platform X oleh @miyauyau.

https://twitter.com/miyauyau/status/1850162571594400118

Dalam video yang dikongsikan, seorang lelaki mendakwa, perigi tersebut bukanlah perigi semulajadi tetapi telah dibina dengan konsep tertentu.

“Perigi ini bukanlah perigi semulajadi. Kita buat konsep perigi. Dan konsep itu satu-satunya di Malaysia dan dunia. Kenapa kita buat konsep perigi? Sebab pada zaman dulu orang suka mandi perigi,” katanya di hadapan pengunjung.

https://www.tiktok.com/@irsyadanuar888/video/7429189537340968213?lang=en

Dia mendakwa perigi itu mempunyai ‘khasiat khas’ melalui sistem ventilasi yang menjadikan air segar, serta diperkaya dengan unsur seperti ion, teknologi nano, mekanik kuantum, dan stemcell kolagen.

“Ada 30 (khasiat) sebenarnya, kalau sebut banyak-banyak nanti orang tiru pula kan. Dah ramai orang tanya, ‘berdasarkan kajian apa?’. Ini rahsia kami!” ujarnya.

Lelaki itu menjelaskan, proses mandian tersebut mirip mandi bunga. Tetapi ditambah dengan khasiat seperti ion negatif untuk menguatkan badan, teknologi nano untuk melancarkan aliran darah, dan mekanisme kuantum untuk membuang aura negatif, serta kolagen stemcell yang dikatakan mampu menjadikan wajah lebih cantik berseri.

Seorang netizen mendakwa ibunya pernah menggunakan perkhidmatan itu dengan bayaran sebanyak RM50 untuk sebaldi air dari perigi tersebut.

Ramai netizen menyuarakan keraguan tentang perkhidmatan tersebut dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1850733455652589799

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti isu ini untuk tindakan lanjut.

“Terima kasih atas keprihatinan anda. KKM memandang serius isu ini,” menurut kenyataan KKM di platform X.

Related Posts