Telefon pintar jenama Apple memang mempunyai daya tarikan tersendiri, walaupun kadang-kadang menjadi sasaran ejekan daripada pengguna telefon pintar lain.
Dengan ekosistem padu, pengguna dapat dengan mudah menyelaraskan data dan aplikasi di antara peranti ini. Selain itu, iPhone dikenali dengan rekaan yang elegan dan kualiti binaan yang tinggi. Bahan-bahan premium dan ketepatan dalam pembuatan memberikan rasa eksklusif kepada pengguna.
Semalam, seorang wanita tidak bernama mengutarakan soalan secara terbuka di platform X @meinmokhtar sama ada permintaanya untuk dibelikan iPhone 16 daripada teman lelaki keterlaluan atau tidak.
“Selfish tak kalau kita mampu je bayar iPhone 16 baru one off cash, sebab tak ada komitmen sangat. Tetapi masih nak teman lelaki yang belikan.
“Teman lelaki tak mampu nak bayar one off, dia mampu bayar secara bulanan je. Itu pun dia stretch sampai 36 bulan. Selfish tak?” soalnya.
Soalan mengundang itu bukan sahaja menerima teguran, malah dikecam netizen kerana sengaja membebankan pasangannya.
“Lelaki bukan wallet bergerak awak. Baru bercinta dah minta macam-macam, elok kena luku je kepala tu,”kata Logan McDuda.
“Kenapa hidup suka menyusahkan orang lain? Put yourself in his shoes dan apa yang kau rasa?” kata Zt000z.
“Kalau teman lelaki dia tu anak aku, aku cakap terus terang. Perempuan jenis macam ni bukan boleh dibuat kahwin. Sekadar nak geli-geli boleh lah. Aku akan suruh anak aku cari yang sama provider mindset. Masudnya, bukan GF dapat apa vs BF dapat apa. Tapi apa both to do to make the relationship and future stronger,” kata Glow.