Selepas menang pingat emas, Atlet Pakistan diberi ganjaran RM2.6 juta, kereta baru, seekor kerbau - The Reporter

Selepas menang pingat emas, Atlet Pakistan diberi ganjaran RM2.6 juta, kereta baru, seekor kerbau

Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem, telah mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas dalam acara lontar lembing di Sukan Olimpik Paris 2024. Malah, mencipta rekod Olimpik dengan lontaran sejauh 92.97 meter, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Andreas Thorkildsen dari Norway.

Lebih menarik lagi, ini merupakan pingat emas pertama untuk Pakistan dalam tempoh 40 tahun, menjadikannya pencapaian bersejarah bagi negara tersebut.

Kisah kejayaannya bukan sahaja menarik perhatian dunia, tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Menurut portal berita Pakistan, Arshad berasal dari keluarga sederhana di Mian Channu, Punjab.

Penduduk kampungnya memainkan peranan besar dalam kejayaannya. Mereka sanggup mengumpul wang untuk membiayai latihannya dan membantu membeli lembing baru apabila lembing lamanya yang telah digunakan selama 8 tahun rosak.

Arshad menerima hadiah wang tunai yang sangat lumayan selepas memenangi pingat emas. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang diperolehnya adalah lebih daripada Rs170.9 juta (kira-kira RM2.68 juta).

Ini termasuk Rs100 juta (kira-kira RM1.59 juta) daripada Ketua Menteri Punjab dan Rs50 juta (kira-kira RM795,850) daripada Datuk Bandar Karachi.

Selain hadiah wang tunai, Arshad turut menerima beberapa hadiah lain yang menarik. Ahli perniagaan Pakistan-Amerika, Ali Sheikhani, memberikan ganjaran kepada Arshad berupa sebuah kereta Suzuki Alto serba baharu. Bapa mentuanya, Muhammad Nawaz, pula memberikan hadiah unik berupa seekor kerbau sebagai tanda penghargaan dan kebanggaan atas pencapaian luar biasa Arshad. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!