Selebriti Indonesia dikecam, rakam video rumah terbakar di L.A tanpa izin pemilik - The Reporter

Selebriti Indonesia dikecam, rakam video rumah terbakar di L.A tanpa izin pemilik

Selebriti Indonesia dikecam, rakam video rumah terbakar di L.A tanpa izin pemilik

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Selebriti Indonesia, Surya Utama atau lebih dikenali sebagai Uya Kuya, bersama isterinya Astrid Kuya, menerima kritikan selepas video mereka membuat rakaman di hadapan rumah mangsa kebakaran di Altadena, Los Angeles, Amerika Syarikat, menjadi tular di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Carolina Ramirez, yang mendakwa mereka merakam di hadapan rumahnya tanpa kebenaran.

@camr1517

it’s so ridiculous the amount of people who are recording and monetizing out of this situation that they don’t have to live through. #altadena #eatonfire #fyp

♬ original sound – Carolina Ramirez

Dalam video itu, Carolina menegur Uya Kuya dan rombongannya kerana berada di kawasan itu tanpa izin.

“Ini rumah saya. Boleh tak kamu semua beredar? Ini tak masuk akal,” ujar Carolina dalam rakaman tersebut.

Uya Kuya kemudian menjelaskan bahawa mereka berada di lokasi itu atas permintaan rakan media di Indonesia untuk merakam keadaan selepas kebakaran besar yang berlaku di kawasan tersebut. Namun, tindakan mereka dianggap tidak menghormati privasi pemilik rumah.

Penjelasan Uya Kuya

Dalam kenyataan kepada media Indonesia, Uya Kuya menjelaskan dia dan rombongannya telah menghentikan rakaman serta meminta maaf selepas ditegur oleh pemilik rumah.

“Kami tidak tahu itu rumahnya, dan kami terus berhenti merakam selepas ditegur. Kami sudah memohon maaf dan memadamkan video. Dan kalau dituduh untuk kepentingan konten, mana? Di TikTok dan YouTube pun kita tak muat naik dan kami tidak tahu hal ini akan tular,” katanya.

Uya juga menambah, rakaman tersebut hanya dikongsi kepada rakan yang meminta maklumat dan tidak dimuat naik ke media sosial.

Uya turut mengakui mereka telah cuba menghubungi Carolina untuk memberikan penjelasan, tetapi tidak menerima sebarang respons.

“Kami cuba hubungi dia melalui media sosial, tetapi tidak dibalas. Malah anak saya, Cinta, cuba memberi penjelasan di TikTok dia, tetapi dipadamkan. Dia tidak mahu orang membaca penjelasan kami dan dia suka orang yang menyebelahi dia,” katanya.

Reaksi netizen

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen dari Amerika Syarikat dan Indonesia. Ada yang menyokong tindakan Carolina yang mempertahankan hak privasinya, tetapi ada juga yang berpandangan Uya Kuya tidak berniat buruk.

Sebahagian netizen turut menegaskan tindakan merakam di hadapan rumah yang musnah tanpa izin dianggap tidak wajar, terutama di Amerika Syarikat yang amat menjaga privasi pemilik rumah.

Kebakaran besar yang berlaku di Los Angeles baru-baru ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 nyawa dan memusnahkan lebih 16,000 hektar kawasan, termasuk di Altadena. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!