Selalu menunjuk barangan mewah di media sosial, Ketua Pegawai Kesihatan diperintah isytihar harta | The Reporter

Selalu menunjuk barangan mewah di media sosial, Ketua Pegawai Kesihatan diperintah isytihar harta

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gara-gara gemar mempamerkan kekayaan di media sosial, Ketua Pengarah Kesihatan Lampung, Jakarta, Indonesia, Reihana Wijayanto dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) untuk mengisytiharkan hartanya.

Baru-baru ini, Reihana dilaporkan tiba di pejabat Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) untuk menjelaskan mengenai asetnya.

Reihana menjadi perbualan dan perhatian netizen di negara itu selepas dilihat memuat naik gambarnya di media sosial memakai barangan mewah dan jenama terkenal.

Antara barangan mewah yang ditayangkan adalah beg tangan berjenama Hermes, baju Louis Vuitton dan juga beberapa barangan kemas yang lain.

Ketika dipanggil untuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), beliau kelihatan hanya memakai pakaian biasa dan mengundang persoalan wartawan mengapa tidak lagi berpernampilan seperti yang ditayangkan di media sosial?

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Liputan 6, harta dan kekayaan milik wanita itu adalah berjumlah Rp 2,715,000.000.

Bukan hanya netizen, Gabenor Lampung Arinal Djunaidi pernah menegur tindakan Reihana yang mendakwa gaya hidupnya dilihat tidak bersesuaian dengan jawatan yang dipegangnya.

Arial Djunaidi juga berpesan kepada penjawat awam yang lain agar tidak berbuat perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang selain hanya memaparkan perkara yang berfaedah sahaja.

Reihana saat ini dikatakan telah menutup semua akaun media sosial miliknya.


Sumber: Haryo Adiyatman, Kompas.com, Liputan 6

Related Posts