Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular video di aplikasi TikTok menunjukkan sekumpulan lelaki protes dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut TikToker Nuqmxn_0, kejadian itu berlaku di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada malam Rabu, mengundang banyak perhatian pengunjung yang hadir di lokasi itu.
Difahamkan, penguat kuasa DBKL telah merampas barangan peniaga yang dipercayai berniaga tanpa permit.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberi pandangan masing-masing. Ada yang menyokong tindakan pihak berkuatkuasa berkenaan yang hanya menjalankan tugas.
Namun, tidak kurang juga yang membantah dan menuduh pihak berkuasa keterlaluan sehingga menindas rakyat tempatan untuk mencari rezeki.
“Tak payah layan. Diorang tu buat provokasi je. Air dapat entah dari mana, pengotor, hisap rokok, straw potong, tak jaga kebersihan, mahal pula tu,” kata Haikal.
“Apa-apa pun lesen bro. Kebenaran berniaga. Ini bukan India, takkan sebabkan kau Melayu, kau boleh pacak sesuka hati?” kata Krueger.
“Apa salahnya? Bagilah kelonggaran orang untuk berniaga di bulan puasa ini,” kata Fadzliya.
Sumber: TikTok








