Sekumpulan individu disyaki lepas 10k ikan keli ke Sungai Hulu Bernam | The Reporter

Sekumpulan individu disyaki lepas 10k ikan keli ke Sungai Hulu Bernam

Sumber Gambar : CCTV Tanjung Malim

Penjagaan alam sekitar sangat dititikberatkan supaya dapat menjamin sebuah persekitaran yang bersih dan juga habitat selamat bagi setiap hidupan.

Sungai sebagai contoh satu kawasan yang perlu dijaga dengan sebaiknya bagi mengekalkan kualiti air yang bersih. Justeru itu juga, hidupan dan tumbuhan dalam air dapat membesar dengan sebaiknya.

Bagaimanapun, sikap sekumpulan individu dikecam kerana bertindak sebaliknya.

Mereka didapati telah melepaskan 10 ribu ikan yang dipercayai merupakan ikan keli ke sungai Hulu Bernam.

Menerusi beberapa video dan gambar tular, kelihatan berpuluh-puluh plastik yang mengandungi ikan keli diletakkan di atas tanah sebelum dilepaskan ke sungai.

Susulan kejadian itu, netizen mengecam individu-individu berkenaan yang masih tidak dikenalpasti identiti mereka. Ujar netizen, pelepasan ikan keli akan merosak dan mengurangkan spesis ikan sungai yang lain.

Dalam pada itu, netizen turut memetik Jabatan Perikanan Malaysia untuk mengambil tindakan atas perbuatan melampau tersebut.

Sumber: CCTV TG MALIM

Related Posts