Fokus keselamatan dipertingkat susulan kebimbangan kes buli
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan sekolah berasrama di bawah kendaliannya masih berada dalam keadaan selamat untuk dihuni pelajar dan ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke institusi berkenaan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan serta ekosistem pembelajaran, terutamanya di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang kekal menjadi pilihan utama ibu bapa.
“Jaminan saya kepada ibu bapa, sekolah-sekolah ini masih selamat. Kita terus pertingkatkan keselamatan dan pelbagai aspek lain demi memastikan persekitaran yang selamat untuk anak-anak belajar,” katanya.
Baca juga:
- Muslimat PAS puji langkah Tamil Nadu tutup 717 premis arak
- PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
- Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Kementerian beri tumpuan pada sahsiah pelajar, bukan hanya hukuman
Kenyataan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kebimbangan bahawa ibu bapa di Sabah kini berasa fobia untuk menghantar anak ke sekolah asrama, dipercayai merujuk kepada insiden melibatkan kematian pelajar asrama, Zara Qairina, yang dikaitkan dengan dakwaan buli.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata kementerian menekankan pendekatan berasaskan pendidikan dan pemulihan dalam menangani kes buli, termasuk melalui amaran, penggantungan, kaunseling dan pembangunan sahsiah pelajar.
“Kita mahu memastikan setiap pelajar diberi peluang untuk berubah dan ekosistem sekolah menyokong perkembangan positif mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro








