'Sekatan AS di Selat Hormuz cetus kebimbangan konflik lebih besar' - Tun M | The Reporter

‘Sekatan AS di Selat Hormuz cetus kebimbangan konflik lebih besar’ – Tun M

Tun Mahathir menyuarakan pendapat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Selat Hormuz.
Gambar: Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan Donald Trump mengarahkan Tentera Laut Amerika Syarikat menyekat kapal yang membayar tol kepada Iran daripada melalui Selat Hormuz mencetuskan kebimbangan terhadap potensi ketegangan global yang lebih serius.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, situasi itu boleh menjadi lebih rumit sekiranya kapal dari China turut cuba melalui laluan strategik tersebut selepas membuat bayaran kepada Iran. Menurutnya, perkembangan sedemikian berpotensi mencetuskan konflik besar, termasuk kemungkinan tercetusnya perang dunia.

“Saya tertanya-tanya apa akan berlaku jika sebuah kapal tangki gergasi dari China cuba melalui Selat Hormuz selepas membayar tol kepada Iran.

“Adakah keadaan akan menjadi huru-hara? Mungkin tercetus perang dunia. Malah Trump sendiri tidak menyokong berlakunya perang dunia,” katanya.

Baca juga:

Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa Trump sendiri tidak cenderung ke arah peperangan berskala besar, sebaliknya memilih pendekatan diplomasi dengan menerima gencatan senjata selama dua minggu bagi memberi ruang rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Namun, rundingan tersebut dilaporkan gagal mencapai persetujuan untuk gencatan senjata yang berkekalan, sekali gus mengekalkan ketegangan di rantau berkenaan.

Related Posts