'Sejak diboikot, abang ipar saya (OKU) sudah tidak dipanggil bekerja' - Wanita rayu bantuan orang ramai cari kerja untuk abang iparnya - The Reporter

‘Sejak diboikot, abang ipar saya (OKU) sudah tidak dipanggil bekerja’ – Wanita rayu bantuan orang ramai cari kerja untuk abang iparnya

Gambar hiasan (AI)

Konflik antara Palestin dan Israel, masyarakat telah bertindak memboikot produk-produk yang menyumbang kepada Israel. Sebelum ini, media melaporkan McDonald’s Israel telah mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel.

McDonald’s Malaysia yang dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd bagaimanapun menegaskan tindakan McDonald’s Israel merupakan tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi juga, Mc Donalds Malaysia turut memaklumkan McDonalds Corporation tidak membiayai atau terlibat dalam sebarang bentuk keganasan dan penindasan di mana-mana negara sekalipun.

Namun, kesan boikot ini juga dilihat memberikan kesan kepada pekerja-pekerja McDonald’s di Malaysia.

Di aplikasi X, seorang wanita meminta jasa netizen untuk menghubunginya jika ada jawatan kosong untuk diberikan kepada abang iparnya yang sebelumnya merupakan pekerja sambilan di restoran makanan segera itu.

“Abang ipar saya merupakan seorang OKU (pendengaran) bekerja sambilan di McDonalds.

“Semenjak diboikot, dia langsung tak dipanggil. Dia baru sahaja kahwin. Lokasi di Tanah Merah, Kelantan atau kawasan sekitarnya,” tulisnya.

Sumber: Molly, McDonald’s

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!