'Sedih tengok ramai netizen kecam mangsa, entah di mana sifat empati diorang' - Anggota JPJ cedera, otot di kepala & bahunya terkoyak - The Reporter

‘Sedih tengok ramai netizen kecam mangsa, entah di mana sifat empati diorang’ – Anggota JPJ cedera, otot di kepala & bahunya terkoyak

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam kenyataan medianya mengesahkan seorang anggotanya dirempuh penunggang motosikal semasa melakukan operasi penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Port Dickson.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi Ahad, anggotanya dirempuh penunggang terbabit dalam kejadian di Kilometer 28, Lebuhraya Seremban – Port Dickson, menghala ke Port Dickson.

“Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR telah melanggar sekatan dan merempuh seorang anggota yang bertugas di lokasi penguatkuasaan.

“Hasil daripada siasatan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan, penunggang motosikal tersebut masih mempunyai dua senarai hitam yang masih aktif dan telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 seperti seperti berikut:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 18 Julai 2012, Seksyen 23 (1) APJ 1987;
  • Tiada perlindungan insurans di bawah Seksyen 90 (1) APJ 1987;
  • Tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) di bawah Seksyen 26 (1) APJ 1987; dan
  • Sita di bawah Seksyen 64 (1) APJ 1987.

Motosikal milik lelaki terbabit telah disita untuk tindakan lanjut. JPJ Negeri Sembilan juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap penunggang berkenaan yang telah menghalang tugas penjawat awam.

Rakan kesal, sesetengah netizen kecam mangsa

Sementara itu, seorang individu yang mendakwa mengenali mangsa berkata, anggota berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu. Namun, sedih dengan tindakan sesetengah netizen yang mengecam rakannya.

“Mohon tolong doakan kesembuhan mangsa. Tiada apa yang retak, cuma muscle di bahagian kepala dan bahu ada koyak sikit.

“Tapi itulah, sedih betul tengok di media sosial, diorang (netizen) kecam kawan saya tu. Entah di mana sifat empati diorang,” katanya yang tidak mendedahkan nama.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!