Global Sumud Flotilla (GSF) mengesahkan bahawa sebuah lagi bot telah diserang oleh dron ketika berlabuh di perairan Tunisia pada 9 September.
Bot berkenaan mengalami kerosakan kebakaran pada bahagian dek atas. Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan dan semua penumpang serta kru dilaporkan selamat. Siasatan sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja diperoleh.
Insiden ini merupakan serangan kedua dalam tempoh dua hari, yang menurut GSF berlaku ketika serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza semakin memuncak. Pihak flotilla mendakwa serangan berulang ini adalah usaha terancang untuk mengalih perhatian serta menggagalkan misi mereka.
Baca juga:
- Netanyahu kritik tindakan Ben-Gvir terhadap aktiviS GSF
- Kekeliruan nama sama di PIK, Pagi Sore Kemang Hijau perjelas situasi
- Disangka cucu, nenek tampar lelaki di kafe siber sebelum sedar tersilap orang
Namun begitu, GSF menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak daripada perjuangan. Flotilla tersebut meneruskan pelayaran aman bagi menamatkan sekatan haram Israel ke atas Gaza, serta berdiri teguh menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin dengan penuh tekad dan iltizam.
Sementara itu, salah seorang peserta, Musa Nuwayri turut memaklumkan insiden berkenaan menerusi hantaran di media sosial.
“Bot saya, Iylia dan Sul pula menjadi sasaran dron malam ini ketika berlabuh di Tunisia. Alhamdulillah tiada kecederaan dilaporkan. Doakan,” katanya.








