Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Media sosial serinngkali dijadikan sebagai platform untuk berkongsi aspek kehidupan seharian, termasuk hal rumah tangga. Ramai yang suka berkongsi momen indah, pencapaian dan pengalaman mereka dengan pasangan di rumah. Namun, ada juga yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati atau konflik dalam rumah tangga.
Seorang suami yang tidak didedahkan namanya, baru-baru ini berkongsi luahannya di media sosial. Dia merasa sakit hati kerana isterinya telah membuat keputusan untuk pergi umrah tanpa berbincang atau meminta izin darinya.
Sakit hati isteri tak minta izin
Perbuatan si isteri bagaikan menganggap suaminya seperti orang asing dalam rumah sendiri. Terkilan dengan insiden itu, dia mendoakan agar isterinya tidak selamat di dunia dan akhirat.
“Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah pagi esok. Ini kerana tiada perbincangan dan tiada minta izin dari saya sebagai suami, untuk pergi ke sana buat umrah.
“Sungguh sakit hati apabila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir Ramadan ini, saya akan pulun doa yang dia tidak selamat di dunia dan akhir.
“Saya tidak akan memaafkan dia dan saya tidak redha terhadap dia di dunia dan akhirat. Sahabat semua, doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini.
Berpindah keluar, balik ke negeri asal
“Disebabkan mulut dia menghina mak bapak, adik beradik saya, saya buat keputusan untuk keluar dari rumah mertua dan balik ke negeri saya saya. Serik sungguh berkahwin dengan orang yang bermasalah ini,” katanya.
Bagaimanapun, luahan itu mengundang kecaman pada lelaki itu di atas tindakannya yang mendoakan perkara buruk berlaku terhadap isterinya sendiri.
“Inilah contoh ‘buka aib’. Suami yang mendoakan perkara buruk ke atas isterinya sendiri yang hendak mengerjakan umrah? Ini bukan suami yang baik,” kata netizen.
“Lelaki sebagai ketua keluarga perlu lebih bijak menangani isu-isu macam ni. Kalau isteri tak dapat izin suami pergi umrah, bila isteri tu balik, berbincanglah. Bukan tulis di WhatsApp macam ni. Suami tak perlu dapatkan simpati orang lain. Buat keputusan sendiri,” tambah netizen lain.