Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan dengan kalimah Allah.
Juruteknik aplikasi sosial, Chiok Wai Loong mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Dalam satu laporan, lelaki berkenaan merayu pada mahkamah supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.
Lelaki itu turut menjelaskan dia tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam dan mendakwa hanya mahu menjadi keyboard warrior.
“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” katanya.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.


Terdahulu, lelaki berkenaan telah tampil memohon maaf secara terbuka diatas tindakannya itu. Dia sebelumnya mencetuskan kemarahan ramai apabila meminta orang ramai agar tidak sensitif dengan isu penjualan stoking yang tertera nama Allah.
Dalam pada itu juga, dia telah bertindak memuat naik gambar stoking yang terpampang wajahnya sendiri.
Sumber: Harian Metro








