'Saya tak bermaksud nak hina bangsa Melayu, 100% video itu untuk motivasi' - Makcik Kemboja nafi hina Melayu malas - The Reporter

‘Saya tak bermaksud nak hina bangsa Melayu, 100% video itu untuk motivasi’ – Makcik Kemboja nafi hina Melayu malas

Usahawan pakaian, Mariyah Yaakob, 47, juga pemilik Mariyah Holdings Sdn Bhd sekali lagi tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu atas ketelanjuran kata-katanya yang mendakwa Melayu malas.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, warga negeri Johor, saya nak membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya Mariyah binti Yaakob, dan pada pihak syarikat juga.

“Saya nak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, bangsa Melayu, bangsa Kemboja yang mana terguris dengan kata-kata saya. Saya nak minta maaf atas kekhilafan dan ketelanjuran kata-kata saya.

“Saya juga berterima kasih kepada bangsa-bangsa Melayu yang menyokong syarikat dan produk saya, maafkan saya,” katanya.

Dalam sidang media bersama wartawan hari ini, Mariyah menegaskan bahawa tiada niat di hatinya untuk menghina mana-mana bangsa. Sebaliknya, video kontroversi yang tular itu hanya sekadar ingin memberi motivasi.

Apabila ditanya mengenai dakwaan bekas kakitangannya berhubung komisyen tidak dibayar, KWSP dan SOCSO tidak dicarum, Mariyah enggan menjawab dakwaan tersebut.

“Saya rasa saya tak perlu jawab soalan itu kot. Sebab apa, sebab saya ada management yang menguruskan KWSP, SOCSO. Kalau benar pihak Mariyah Holdings tak bayar, mereka boleh laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja. Itu lebih arif,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!