'Saya tak berani nak cakap lebih, pihak keluarga di Semenanjung minta jangan terlalu membuka hal berkaitan Waldan' - Ibu mangsa dera - The Reporter

‘Saya tak berani nak cakap lebih, pihak keluarga di Semenanjung minta jangan terlalu membuka hal berkaitan Waldan’ – Ibu mangsa dera

Baru-baru ini tular satu video  seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Waldan mendakwa telah didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya. 

Susulan itu juga, wanita yang dipercayai ibu kepada mangsa dera, Serina Senayan bagaimanapun merayu agar video yang memaparkan anaknya untuk tidak terus disebar di media sosial.

Dalam satu hantaran di Facebook, Serina Senayan berkata berkata, keputusan tersebut dibuat demi kebaikan masa depan anaknya itu.

“Atas perbincangan dengan keluarga besar kedua belah pihak, demi masa depan Waldan, saya mohon untuk turunkan video dan gambar berkaitan anak saya.

“Kami kena fikir untuk jangka masa panjang. Jejak digital sukar untuk dihapus dan mungkin akan memberi kesan kepada Waldan yang sedang membesar,” katanya,

Dalam hantaran lain, Serina turut berkongsikan sekeping gambar Wildan di sebuah hospital.

“Anak ibu, Muhammad Waldan Yusuf. Perjuangan ibu untuk bawa balik Waldan masih jauh. Tapi ibu memang akan tetap di sini, di sisi waldan. Mudahan kita dapat balik Sarawak dengan cepat.

Hormat permintaan keluarga di Semenanjung

“Masih belum ada keputusan siapa yang akan menjaga Waldan, memandangkan mahkamah belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Saya tak berani nak berucap panjang sebab sekarang kes masih di bawah siasatan polis. Dan saya menghormati permintaan pihak keluarga di Semenanjung untuk tidak terlalu membuka hal berkaitan Waldan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online, Serina Ina

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!