'Saya rela tutup syarikat dari melihat anda terlepas aktiviti sekolah anak' - CEO gesa kakitangannya utamakan keluarga berbanding kerja - The Reporter

‘Saya rela tutup syarikat dari melihat anda terlepas aktiviti sekolah anak’ – CEO gesa kakitangannya utamakan keluarga berbanding kerja

“Alangkah indahnya dunia jika semua boss bersikap seperti ini,” demikian kata netizen selepas membaca surat terbuka seorang majikan kepada pekerjanya. 
Charity Delmo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Ideal Vista Consultancy memuat naik ‘surat’ kepada kakitangannya di mana beliau meminta mereka mengutamakan keluarga berbanding kerja. Beliau yang berasal dari Filipina berpendapat, dia lebih rela menutup syarikatnya daripada melihat kakitangan mengabaikan keluarga. 
KEPADA pekerja yang dihormati, 

Saya mengambil anda bekerja dengan harapan anda boleh menjadi ‘pembekal’ yang baik kepada keluarga, bukannya merampas anda dari mereka. Juga memberi kemahiran tambahan, bukannya membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak, agar anda menjadi individu yang lebih baik bukan hanya untuk syarikat, tetapi juga untuk keluarga.

Jadi apabila tiba masanya kelak di mana anda perlu memilih sama ada menghadiri aktiviti sekolah anak-anak atau berjumpa dengan pelanggan, atau jika anda perlu memilih mengutamakan suami/isteri atau saya sebagai majikan anda, sila pilihlah mereka. 

Bukan semua majikan yang akan memahami prinsip saya dalam kepimpinan, tetapi saya lebih rela menutup syarikat ini daripada melihat anda terlepas aktiviti sekolah anak anda kerana anda perlu menghadiri mesyuarat, atau melihat rumah tangga anda bermasalah kerana berlaku salahfaham di antara anda dengan pasangan. 

Mereka adalah keutamaan anda sebelum syarikat mengambil anda bekerja. Mereka adalah keluarga anda sebelum anda menjadi ‘milik’ saya. 

Saya sentiasa percaya bahawa, seseorang yang bahagia di rumahnya juga akan bahagia di tempat kerjanya. Jadi, pulanglah ke rumah. Kerja anda boleh ditangguhkan, begitu juga dengan saya yang boleh menunggu. 

Keluarga anda, rumah tangga yang anda bina, sekali ia runtuh, ia tidak akan sama seperti dulu. Anda juga tidak akan sama seperti dulu. 




Post itu mendapat banyak lebih dari 45,000 perkongsian di Facebook. Ramai netizen memuji cara kepimpinannya dan berharap majikan lain di luar sana menjadikan Charity sebagai satu contoh majikan yang baik dan menjaga kebajikan kakitangan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!