Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sejak tularnya dakwaan menggunakan wain beras dalam hidangan nasi ayam claypot, kedai makan milik Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48, dikecam netizen tanpa henti.
Bagaimanapun, Ahmad Muzakin tetap meneruskan operasi perniagaannya yang diusahakan sejak 28 tahun itu, selepas biasa walaupun berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan.
Keadaan itu membuatkan dia terpaksa menguruskan sendiri perniagaannya, sementara menunggu pekerja baharu dari agensi tiba.
“Saya penat, saya minta maaf. Saya serahkan semua ini (isu status halal) kepada Allah SWT. Sekarang kedai kurang staff, tapi perniagaan berjalan seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan premis perniagaan milik Ahmad Muzakin tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa.
Dalam responnya kepada laporan itu, Ahmad Muzakin mengakui premisnya tidak mempunyai sijil halal. Tetapi beliau yakin segala bahan masakan yang digunakannya bukan bahan terlarang, termasuk bekalan ayam mentah adalah daripada sumber yang halal.
Dua botol minyak bijan yang didakwa mengandungi alkohol itu juga katanya adalah tidak benar.
“Saya adalah muslim dan saya tahu tanggungjawab. Malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan.
“Dua botol itu adalah minyak bijan, cuma saya akui kilang itu tiada sijil halal. Tetapi bahannya diyakini, tiada yang terlarang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian