'Saya mohon maaf, saya tak nak perkara ini terjadi & berlarutan' - Brader blazer merah - The Reporter

‘Saya mohon maaf, saya tak nak perkara ini terjadi & berlarutan’ – Brader blazer merah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jumaat, 3 November lalu, berlaku perselisihan faham di antara penghantar barang Lalamove dengan pengawal keselamatan di Menara IQ. Kejadian itu menyebabkan mangsa itu diserang oleh seorang lelaki (blazer merah).

Video kejadian tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen. Walaupun lelaki berkenaan telah tampil memohon maaf dan memberi penjelasan, namun netizen khususnya dari Sabah masih tidak berpuas hati dengannya.

Ini kerana lelaki itu mendakwa mangsa adalah orang luar, berdasarkan dialek percakapannya. Sedangkan mangsa berasal dari Sabah.

Menyedari kesilapannya itu, dia tampil memohon maaf secara terbuka dan meminta isu tersebut tidak lagi dipanjangkan. Apatah lagi kes itu kini dalam siasatan polis.

“Saya ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah ataupun terhadap sesiapa yang terasa dengan percakapan saya.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan berlarutan. Saya betul-betul memohon maaf. Saya tiada masalah dengan orang lain, juga tiada masalah dengan orang Sabah. Saya sayang semua orang,” katanya.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Total
0
Share