Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Rosyam Nor, tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa menggalakkan maksiat sehingga mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran di Instagramnya pada Selasa, Rosyam tidak menjangka video itu akan tular.
“Saya minta maaf kerana tidak menjangka perkara ini akan menjadi tular.
“Sebenarnya, itu adalah promo untuk program podcast saya di Suhan Channel (TikTok). Itu adalah perbincangan dan saya mengesyorkan semua orang untuk melihat video penuhnya di Suhan Channel.”
Tinjauan di ruang komen, ramai pengikutnya bersetuju dengan topik yang dibincangkan. Tetapi ada juga yang membantah.
Salah seorang pengikutnya, Rafizi berkata, “Masyarakat hari ini perlu mempunyai kewarasan dalam menilai sesuatu perkara. Perlu melihat penerangan sepenuhnya, bukan sekerat-kerat.”
Namun, Mohd Alimat mempunyai pandangan yang berbeza, “Rosyam, jika ilmu agama anda cetek, jangan membincangkan tentang akidah. Jangan mengulas jika kita masih jahil. Orang akan mengambil kira apa yang kita katakan. Belajarlah ilmu dari ustaz atau ulamak. Jangan membuat andaian, fikiran liberal kita sendiri.”
Sebelum ini, Rosyam Nor telah mengeluarkan kenyataan bahawa rumah pelacuran perlu diwujudkan untuk mengelakkan kes rogol yang melibatkan warga asing di negara ini.
Menurut Rosyam, kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia adalah lelaki yang telah meninggalkan isteri dan sudah lama tidak melakukan hubungan seks.