Pelakon Rosyam Nor sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat satu kenyataan yang sangat mengejutkan.
Menerusi satu podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam menyatakan rumah perlacuran perlu diwujudkan.
Beliau mengambil contoh dengan kedatangan pendatang asing yang berhijrah ke Malaysia seramai 3 juta orang telah meninggalkan isteri dan keluarga.
Katanya, situasi itu menyebabkan pendatang asing yang rata-ratanya adalah lelaki sudah lama tidak melakukan hubungan seks.
“Namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? Dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.
“Boleh jadi sampai ke tahap tu,” katanya.
Tambahnya, dengan adanya rumah pelacuran individu tersebut sekurang-kurangnya dapat melanggan dan membayar (pelacur).
“Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi bayar di sana.Ini pandangan peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul,” katanya.
Kenyataan beliau sebaliknya disanggah netizen dan menganggap kenyatan itu sudah tersasar jauh.
Sumber: Podcast Hitam Putih Kehidupan
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!