'Saya menyesal beli rumah join loan dengan adik' - Wanita terpaksa tanggung beban hutang loan rumah RM490,000 - The Reporter

‘Saya menyesal beli rumah join loan dengan adik’ – Wanita terpaksa tanggung beban hutang loan rumah RM490,000

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ngah berkongsi mengenai masalah yang sedang dihadapinya di Facebook, mengenai rumah yang dibeli secara ‘join loan’ bersama adik lelakinya.

Kak Ngah yang kini telah berhenti kerja mengakui, dia terpaksa menanggung beban hutang rumah yang berbaki sebanyak RM490,000, selepas adik lelakinya menarik diri daripada membayar rumah itu bersama.

Menyesal beli rumah join loan dengan adik

“Salam semua. Saya nak minta pendapat apa yang boleh dibuat berkenaan dengan kes saya ini.

“Saya buntu dan menyesal dengan keputusan membeli rumah secara join loan dengan adik, tujuh tahun lalu. Baki loan sekarang RM490,000+. Sales and Purchase Agreement (SNP) pula di atas tiga nama iaitu saya, adik lelaki dan mak.

“Dulu saya bekerja di timur tengah dan tidak tinggal di rumah tersebut. Alasan membeli rumah itu sebab keluarga saya orang susah, tinggal di rumah flat kos rendah.

“Saya buat join loan sebab adik lelaki berjanji akan ambil alih bayaran rumah selepas dia berjaya. Alhamdulillah dia boleh dikatakan senang dah sekarang, tetapi dia dah lupa diri dan lepas tangan walaupun dia sebenarnya mampu. Abang sulung pula umpama ‘biawak hidup’ (menganggur).

Dibuang keluarga bila nak jual rumah

“Saya anak perempuan, sudah empat tahun berkahwin. Ibu bapa lebih berpihak kepada anak-anak lelaki, apabila saya minta tolong bayarkan bayaran bulanan rumah.

“Asbab itu saya telah dibuang keluarga, hanya kerana mahu menjual rumah tersebut dan mereka enggan memberi kerjasama dalam urusan dengan pihak bank atau ejen hartanah. Semua saya buat sendirian. Kes rumah sudah berlanjutan lebih dari setahun.”

Selain itu, dia terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suaminya selama empat tahun kerana komitmen rumah itu. Lebih teruk lagi, dia turut mengalami tekanan yang telah menyebabkan dia keguguran sebanyak dua kali.

Selepas keluarganya berpindah keluar, rumahnya yang sebelumnya dalam keadaan baik, kini telah rosak dan beberapa barangan berharga seperti lima unit penghawa dingin dan kelengkapan dapur juga telah dicuri oleh ahli keluarga sendiri.

Rumah rosak, tanggung kerugian RM10,000

Jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung lebih kurang RM10,000. Pasangan itu tiada pilihan dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dalam akaun Tabung Haji untuk membaiki rumah tersebut.

“Pada masa ini, saya sudah berhenti kerja. Malangnya hutang rumah saya masih terpaksa tanggung. Saya dah plan nak sewakan rumah itu atau jual. Malanngnya keluarga saya telah menghancurkan rumah.

“Kerosakan rumah yang ditinggalkan mereka menyebabkan kami terpaksa keluarkan duit simpanan untuk tabung haji kami, paling kurang RM5,000.

“Hendak disewakan pun saya tak mampu dah nak keluarkan duit untuk buat pembaikan pulih pada rumah tersebut.

“Cooking stove and hood pun dicurinya. Rujuk gambar sebelum dan selepas. Sekarang baru saya faham kenapa ada sesetengah orang boleh bunuh diri disebabkan hutang,” katanya.

Sumber: Facebook Info Group Muflis

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!